Pengenalan kepada bahasa HTML
Apa itu HTML
HTMLadalah singkatan dari Hyper Text Markup Language. HTML merupakan bahasa (kod-kod) yang digunakan untuk membuat laman web. HTML bukanlah bahasa pengaturcaraan seperti C, C++ atau Pascal, ia lebih kepada bahasa yang menetapkan corak paparan dokumen. Jika anda menggunakan Internet Explorer atau Netscape Navigator anda boleh melihat kod-kod laman ini dengan mengklik butang kanan tetikus anda dan pilih menu View Source.
Bagaimana menulis Bahasa HTML?
<html>
<head></head>
<body bgcolor="#FFFFFF">
<img src="imej.gif" height="30" width="60" alt="gambar untuk menu">
</body>
</html>
Sebagai contoh,
Bahasa HTML ini ditulis dengan menggunakan teks editor seperti Windows Notepad, Ms-Edit, dan fail di simpan menggunakan sambungan .htm atau pun html. Browser HTML seperti Internet Explorer atau Netscape Navigator pula akan menterjemahkan kod-kod html dan membuat paparan seperti apa yang telah dikodkan.
Anda juga boleh membuat laman web dgn menggunakan HTML WYSIWYG Editor seperti Netscape Composer, Ms-Word 97 ataupun Microsoft FrontPage. Walaubagaimanapun, terdapat kelebihan serta
kekurangan jika anda menggunakan HTML Editor yang disebutkan. Salah satu cara yang biasa digunakan oleh para profesional ialah dengan menggunakan HTML Editor WYSIWYG untuk membuat laman-laman mereka, dan apabila mereka perlukan sifat-sifat yang tidak boleh dibuat oleh HTML Editor mereka, maka mereka akan mengedit laman tersebut dgn menggunakan Windows Notepad.
Mengapa anda perlu belajar HTML?
Walaupun pada zaman yang canggih ini terdapat banyak Editor HTML WYSIWYG seperti Microsoft FrontPage, Netscape Composer dan Microsoft Word 97, adakalanya terdapat beberapa keadaan yang tidak boleh dielakkan berlaku. Masalah2 yang kerap berlaku seperti imej tidak kelihatan, jalinan yang mengarah ke arah lain dan beberapa masalah lagi akan dilakukan oleh HTML Editor anda sendiri. Lebih malang lagi, kadang kala masalah ini berlaku setelah anda memuat-naikkan laman-laman anda ke Internet.Jadi, untuk menyelesaikan masalah-masalah tenntang ini, anda memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan mengenai bahasa HTML. Apa yang dilakukan sebenarnya oleh Microsoft FrontPage atau Netscape Composer ialah TUTORIAL HTML cara menuliskan kod-kod HTML untuk anda. Coraknya sama jika anda menulisnya kod secara terus dengan menggunakan Windows Notepad. Disamping itu ada juga HTML Editor yang tidak optimum, ia menulis kod-kod yang tidak perlu secara berlebihan dan memungkinkan fail HTML anda menjadi terlalu besar, mengambil masa yang lama untuk di muat-turunkan.
Sebagai contoh, Microsoft Word menggunakan tag secara berlebihan dimana kesan yang sama boleh didapati tanpa menggunakan tag Anda juga boleh bergerak selangkah jauh ke hadapan daripada orang lain. Ini kerana, apabila cara pengeluar browser html seperti Microsoft atau Netscape mengeluarkan browser HTML versi terbaru, tidak ada HTML Editor yang dibekalkan bersama. Yang ada hanyalah kod-kod html terbaru dan jika anda tidak tahu menggunakan kod-kod HTML ini maka anda pasti akan ketinggalan dan terpaksa menunggu HTML Editor versi terbaru yang mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk dikeluarkan.
Fungsi DARI HTML ( "HyperText Markup Language")
HTML ("HyperText Markup Language") ialah suatu bahasa pemograman yang sering menggunakan simbol-simbol tertentu (tag) untuk menyatakan kode-kode yang harus di mengertikan oleh browser agar halaman tersebut dapat ditampilkan secara betul dan benar.
definisi Secara umum merupakan fungsi HTML adalah untuk mengelola serangkaian aplikasi data dan informasi yang sehingga suatu dokumen dapat diakses dan ditampilkan di Internet melalui layanan web.
berikut Fungsi HTML yang lebih spesifik yaitu :
- Membuat halaman web.
- Menampilkan berbagai informasi di dalam sebuah browser Internet.
- Membuat link menuju halaman web lain dengan kode tertentu (hypertext).